Tuesday, December 31, 2013

Entiti dikesan di Serdang

Photos credited to Timbalan Presiden, Kerel Canyon.

Gambar ini diambil pada pukul 9 malam 30/12.2013 di sebuah flat di Seri Kembangan, Serdang.
Gambar 1

Gambar 2

Kelihatan si ibu yang baru pulang kerja melayan anak-anaknya yang bermain bukan. Manakala si bapa mengambil gambar tersebut.... okay, lihat gambar 2 yang telah di zoomkan......

Gambar 2 yang dizoomkan
 Ini adalah gambar kiriman asal tanpa diedit.... Anda nilaikan sendiri. Tepuk dada tanya iman

Koleksi Peribadi.... Entity Di Kellie's Castle?

Siapa yang tak kenal dengan sebuah istana terbengkalai dengan senibina Moorish Revival ini. Ianya terletak di Batu Gajah (Jalan Gopeng-Batu Gajah), hanya 40 minit sahaja daripada ibu negeri Perak, iaitu Ipoh. Sudah banyak yang diperkatalan mengenai Istana yang dikatakan berhantu dan tersenarai antara tempat paling menyeramkan di Malaysia.

Istana dengan senibina yang cukup indah......
Kali ini S.E.E.C ingin berkongsi gambar dari koleksi peribadi Tuan Preaiden, Abang Komeng. Gambar ini diambil secara random oleh beliau sewaktu lawatannya ke Kellie's Castle.
Gambar 1: Gambar di kawasan halaman di belakang Istana
Gambar 2: Gambar kawasan halaman di belakang Istana.
Nampak Normal bukan? Setelah diteliti beberapa kali Gambar 1 dan 2, kami cuba melakukan zoom pada Gambar 1 kerana didapati ada sesuatu yang aneh di situ......

Gambar 1 yang dizoomkan


Setelah berbincang dan berbahas, kami tidak dapat mencapai kata sepakat dalam menentukan gambar yang dipetakkan tersebut. Kami mahu anda nilaikan sendiri. Tepuk dada tanya iman. Wallahu'alam






Saturday, December 28, 2013

Tinjauan Pertama ke Lokasi: Istana Billah


27/12/2013, Alhamdulillah, diketuai oleh Abang Komeng,diiringi oleh Kerel Canyon dan Zam 125, Team peninjau S.E.E.C telah pergi ke lokasi projek pertama untuk meninjau kesesuaian lokasi demi keselamatan ahli yang bakal mengikuti projek pertama kelab. Berikut adalah hasil pemerhatian oleh mereka, setelah mendapat izin dari penjaga Istana tersebut:


Pintu Gerbang hadapan. Jelas termpampang tahun 1896. Ini bererti istana ini berusia 118 tahun
Tangga menuju ke perkarangan Istana Billah
Zam 125 berdiri di tebing
Zam 125 memandang ke arah Istana
Pemandangan Istana Billah

Bahagian hadapan istana

Lagi bahagian hadapan Istana. Senibina yang indah dari kurun 18

Pemandangan dari bahagian tepi

Zam 125 (kiri) dan Abang Komeng (kanan)

Sunyi dan sayu apabila tidak berpenghuni
Surau Lama yang sudah tidak digunakan, terletak bersebelahan dengan Istana

Surau inilah yang dikatan beduk kedengaran berbunyi dengan sendirinya




Tinjauan Pertama S.E.E.C di Istana Billah

Thursday, December 26, 2013

Entiti tidak dikenalpasti di Kedah

Gambar ini diambil oleh ahli S.E.E.C di Kedah. Perhatikan tiga set gambar di bawah.

Gambar saiz Normal

Gambar Zoom 1

Gambar Zoom 2

                 Terpulang kepada anda untuk menilaikannya. Tepuk dada tanya Iman............


1st Project: Istana Billah

       Istana Billah? Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu Istana Billah. Pernah menonton filem “Penunggu Istana”? Ya, istana tersebut ialah Istana Billah. Ramai yang mengurut-urut dada dan tak kurang yang meremang bulu tengkuk bukan?

       Di manakah Istana Billah ini? Ianya terletak di pekan kecil Papan, tidak jauh dari Bandaraya Ipoh dan Batu Gajah. 
Carian lokasi Papan di Googgle Map
         Istana ini dimiliki oleh seorang kerabat diraja Madailing dari Sumatera , iaitu Raja Billah. Beliau merupakan orang yang kaya dan berpengaruh bukan sahaja di Papan, malah di negeri Perak. Istana yang selesai pembinaannya pada tahun 1896 ini menampilkan seni reka Bagas Godang, iaitu seni reka rumah besar raja masayarat Mandailing. 

Foto carian Google

Foto carian Gooogle
    Kita tinggalkan kisah Raja Billah ini. Apa yang mahu diungkapkan ialah misteri di sebalik pelbagai dakwaan wujudnya aktiviti paranormal di sekitar kawasan Istana, dan tidak kurang di Masjid Lama Papan yang dikatakan beduknya akan berbunyi dengan sendiri tanpa sesiapa yang mealunya. Ini tidak dapat dinafikan memandangkan usia rumah ini yang begitu lama, usang dan jarang diurus dengan baik oleh waris-waris keturunan Raja Billah, masyarakat Mandailing ataupun pihak berkuasa. Tambahan pula, pembinaan Istana ini melalui proses ritual bersendikan adat Mandailing seperti doa khusus dibuat dan satu hari bertuah dipilih untuk mula membina rumah, manakala segenggam tanah dari tanah air Mandailing ditabur di atas asas rumah Istana ini.

Foto carian Google

Foto carian Google
       Misi Pertama team S.E.E.C adalah untuk turun menjejaki misteri di Istana Billah. Kepada yang berminat, nantikan pengumuman tarikh dan masa daripada pihak kami. Nantikan post kami yang seterusnya……..

Wednesday, December 25, 2013

Entiti dikesan di sebuah sekolah di Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca di luar sana.

  Post kali ini membicarakan tentang satu set kiriman gambar daripada ahli S.E.E.C iaitu En. Mokhsin, seorang penuntut IPTA di utara tanah air. Sewaktu ini beliau terlibat sebagai salah seorang fasilitator bagi satu program motivasi di sebuah sekolah di Kedah pada tahun pertengahan tahun 2013.

Gambar 1

Gambar pertama diambil pada lebih kurang pukul 11 malam. kelihatan ramai murid di dalam dewan bersama fasilitator.

Gambar 2

Gambar kedua diambil selang beberapa saat selepas gambar pertama diambil.... Nampak normal bukan? Kami cuba zoomkan kedua-dua gambar tersebut.

Gambar 1: zoom
Sila lihat antara gambar 1:zoom dan yang berikut:

Gambar 2: zoom


Apa yang anda lihat? tepuk dada tanya iman sendiri. Kami mahu anda nilai sendiri. Sekian berjumpa lagi dalam post yang akan datang..............

Monday, December 23, 2013

Prolog

Di dalam konteks kelab ini, izinkan kami mejelaskan makna entiti terlebih dulu.

                 Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),entiti bermaksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Melalui rujukan di Wikipedia, sebuah entiti ialah sesuatu yang wujud dengan sendirinya, walaupun tidak dalam keadaan material. Secara umum, entiti tidak semestinya bernyawa. Ianya diguna untuk merujuk kepada hantu dan roh-roh yang lain. 
Tuntasnya, entity adalah sesuatu yang wujud, dalam apa-apa bentuk samada hidup ataupun bukan hidup.

                Bila menyebutkan tentang hantu dan roh, mesti ada yang skeptik. Ya, hantu dan roh tidak wujud, tapi  ia adalah manifestasi  iblis dan jin untuk memesongkan anak cucu Adam a.s. Ghalibnya, ia menonjolkan diri dalam pelbagai rupa dan wajah.

                Iblis dan Jin? Betulkah ianya wujud? Polemik ini sering kedengaran darsawarsa ini. Iblis dan Jin sebenarnya tergolong dalam  sesuatu entiti yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.  Ianya sesuatu perkara yang Ghaib. Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perkara ghaib ini di dalam Al-Quran:

 "Alif Lam Mim. Kitab al-Qur’an ini tidak ada keraguan didalam padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib"
— Al-Baqarah  1 – 3

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
— Adz-Dzariyat 56

"Sesungguhnya ia (iblis) dan teman-temannya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka"
— Al-Araf 27


Jadi kenapa Iblis dan Jin menjelma dalam pelbagai rupa dan keadaan yang menakutkan?

(Setelah selesaikejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. MelainkanIblis. Dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia darigolongan yang kafir. Allah berfirman :“Hai lblis! Apa yang menghalang mu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Akutelah ciptakan dengan kekuasaan Ku? Adakah engkau berlaku sombong takbur,ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?” Iblis menjawab :“Aku lebih baik daripadanya. Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api,sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.”Allah berfirman :“Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat Ku terus menerus hingga ke hari kiamat!” Iblis berkata : “Wahai Tuhan ku! Jika demikian, berilah tempoh kepada ku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”Allah berfirman :“Dengan permohonan mu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.”  Iblis berkata : “Demi kekuasaan mu (wahai Tuhan ku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.”Allah berfirman :“Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara yang benar Aku firmankan. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis mudan dengan orang-orang yang menurut mu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya.”
Surah Sad, ayat 71-85

Jelas dari ayat tersebut, Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan keturunan nabi Adam a.s sehinggalah tibanya hari kiamat. Tapi bagaimana? Dengan menjadi atau menyerupai sesuatu bentuk yang menakutkan, mengerikan, hodoh dan tidak sempurna. Tetapi kenapa?

Ketakutan adalah sesuatu yang normal bagi manusia. Ianya adalah tabi’e. Dengan katakutan itulah, mereka dapat menguasai manusia. Menjadikan manusia lupa yang wajib ditakuti adalah Allah s.w.t. Contohnya, dengan ketakutannya kepada hantu menyebabkan dia tidak bersebahyang pada waktu tersebut. Perasaan takut itu diamaafkan kerana ianya adalah perasaan, namun ketakutanyu hingga menjerumus kepada ingkar suruhan Allah s.w.t perlu dielak. Justeru, perasaan takut ini harus dikawal bersandarkan ilmu. Dan ini adalah matlamat utama penubuhan Kelab ini, agar perasaan takut itu seiring dengan ilmu, dan bukannya berlandaskan nafsu semata-mata. 

Coretan Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


       Alhamdulillah, ini post pertama SEEC. Walaupun masih menunggu pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan) namun perancangan dan halu tuju kelab ini sudah dirangka dan InsyaAllah, bila selesai sahaja pendaftaran dan digazetkan, satu mesyuarat agung akan diadakan. Selepas itu semua aktiviti akan dijalankan seperti yang telah dirancang. Apapun kredit harus diberikan kepada barisan AJK penaja yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan penubuhan kelab ini.

         Dari semasa ke semasa, kami akan cuba mengemas kini status dan aktiviti kelab melalui blog ini. Sejarah penubuhan, matlamat dan Perlembagaan akan diterangkan selepas pendaftaran mendapat kelulusan dari ROS.

           InsyaAllah, moga semua urusan dipermudahkan olehNya.....