Monday, February 10, 2014

Aktiviti Siri 3/2014: Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, Perak

        Pada 07.02.2014, sekali lagi Kelab Eksplorasi Entiti Negeri Perak menjalankan aktiviti. Kali ini, tapak lokasi yang dipilih adalah di sebuah rumah tinggal di Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, Perak. Krew kali ini adalah seramai 10 orang. Krew bertolak dari base pada pukul 12 tengah malam, dan sampai ke destinasi pada pukul 1.30 pagi.
        Lokasi ini dipilih berdasarkan dakwaan kononnya selalu terdapat gangguan pada rumah yang sudah ditinggalkan lebih lima tahun. Pewaris rumah ini yang pernah bermalam di sini pada empat tahun lepas menceritakan beliau pernah diganggu oleh makhluk halus di dalam rumah ini.

Krew memilih Kampung Sungai Ramai atas permintaan ahli S.E.E.C yang merupakan cucu kepada arwah pemilik rumah tersebut


Jalan masuk ke kampung lebih dari dua kilometer dari Jalan Besar

Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Tiada lampu jalan di sepanjang jalan kecil berturap ini

Inilah dia tapak lokasi aktiviti kami. Rumah yang ditinggalkan hampir lima tahun selepas kematian pemiliknya. Rumah dua tingkat berdinding kayu. Walaupun sudah roboh di bahagian bumbung tingkat atas, namun tapaknya masih kelihatan kukuh dan masih cantik. 

Kawasan perkuburan lama yang terletak beberapa puluh meter dari kawasan rumah tinggal.


Abang Komeng, Presiden merangkap ketua program memberi penerangan dan taklimat ringkas tentang tapak lokasi.

Krew sedang sibuk 'setting' peralatan dan sedang mencari sudut-sudut yang sesuai. 

Kawasan hadapan rumah. Kelihatan beranda masih lagi elok dan utuh.

Kawasan persekitaran rumah. Gelap gelita dan kelihatan suram.


Kawasan tandas di belakang rumah. Dikelilingi oleh pohon-pohon renek.

Kawasan dapur. Dari bahagian rekahan di belakang rak pinggan didakwa oleh pewaris rumah dimana kelihatan lembaga mengintai dari arah luar.


Bahagian bilik. Kelihatan cebisan lebihan kain kapan arwah masih berada di bawah katil




Sebahagian krew berada dalam kegelapan di kawasan dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman yang pernah dialami pewaris rumah


Lagi gambar di kawasan dapur menghala ke arah pintu belakang

Lagi gambar dari kawasan beranda

Dinding di bahagian sebelah kiri bahagian atas rumah sudah terkopak kerana tiada penyelenggaraan oleh pewaris rumah.

Gambar dari dalam bahagian atas rumah

Di ruang inilah di tingkat atas dimana arwah tuan rumah dimandikan buat kali terakhir

Pohon ini didakwa penduduk kampung sebagai keras. Ramai yang nampak entiti seakan pontianak bertenggek di atas pokok


Pelik tapi benar. Walaupun ditinggalkan tidak berpenghuni selama lima tahun, namun pakaian tinggalan arwah  ini kelihatan elok dan kemas seperti dibasuh dan digunakan setiap hari.


Geng 'budak nakal' dalam kelab sempat lagi berposing lepas geram.......


Gambar kenangan ahli kelab bersama jiran dan penduduk kampung yang secara sukarela membantu dalam menjayakan aktiviti kali ini


Tinjauan tamat pada pukul 4 pagi. Selepas mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung, kami menuju balik ke Ipoh dengan hasil dapatan yang agak mengejutkan. Nantikan pendedahan hasil dapatan kami..........

Saturday, February 8, 2014

Sofa terbakar angkara Jin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sewaktu kami melakukan tinjauan di tapak aktiviti bertempat di Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, kami dihampiri oleh seorang lelaki yang mendakwa berjiran dengan rumah sasaran kami. Beliau baru sahaja berpindah ke kawasan tersebut. Melalui tembual, beliau dan keluarganya selalu diganggu dengan bunyi-bunyi misteri seperti pintu diketuk pada lewat malam, dan kedengaran seperti orang berjalan di luar rumah. Gangguan tersebut saban hari menghantui keluarganya. Sehinggalah pada Ahad lepas, lelaki tersebut memanggil seorang ustaz bertujuan untuk memagar kawasan rumahnya.
Selepas dipagar, pada sebelah malamnya, beliau terkejut apabila mendapati sofa yang diletakkan di bahagian luar rumah tiba-tiba terbakar. Tiada kesan petrol atau perbuatan khianat. Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam wakil S.E.E.C dengan kebenaran lelaki tersebut.





Adakah ini angkara Jin kerana marah kawasan rumah tersebut dipagar? Wallahualam..........