Saturday, March 15, 2014

Siri 5/2014: Air Terjun Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Summary Aktiviti Siri 5/2014

Lokasi: Sekitar air terjun di Jalan Simpang Pulai-Cameron 
Highlands
Tarikh: 28/2/2014
Masa: 1.00 pagi.
Krew: 6 orang (Abang Komeng(Ketua Program), Kerel Canyon, 
Uncle Nuar, Zam 125, Bobo dan Nazren)

10.30 p.m: Semua krew berkumpul di Bisto Muhamad, Tambun 
untuk mendengar taklimat aktiviti
11.30 p.m : Bertolak ke Balai Polis Simpang Pulai.
12.00 a.m : Proses lapor diri di balai Polis Simpang Pulai
12.15 a.m : Bertolak ke tapak aktiviti.
12.40 a.m : Sampai di lokasi. Set up base oleh semua krew
1.00 a.m : Krew berpecah kepada dua kumpulan.
1.30 a.m : Kedengaran suara azan berkumandang. Arah dan
sumber suara tidak dapat dikenalpasti.
2.30 a.m : Aktiviti ditamatkan. Berkemas dan pulang.
2.45 a.m : Kereta dipandu abang komeng terasa berat dan sukar
untuk dipacu. Kelajuan adalah sekitar 30 km/j
3.15 a.m : Sampai Ke Bistro Muhamad. Sesi perbincangan hasil
daripada aktiviti
3.45 a.m : Semua krew bersurai


Info tapak lokasi siri 5/2014:

* Terletak di pinggir Jalan Simpang pulai-Cameron highland
* 8 minit perjalanan dari Persimpangan lampu isyarat Simpang Pulai.
* Kawasan air terjun dimana terdapat empangan di atasnya.
* Terdapat kolam air panas di sebelah air terjun.
* Kawasan tumpuan penduduk sekitar Kinta untuk beridah.
* Beberapa kejadian mati lemas pernah direkod di kawasan ini. Ini termasuk kes menggemparkan dimana 4 pelajar kolej lemas di kawasan air terjun.
* Terdapat satu kes bunuh diri direkod dimana mayatnya dijumpai tergantung di atas pokok

Sunday, March 2, 2014

Siri 3/2014: Kg. Sungai Ramai, Ayer Tawar... Hasil tinjauan.

Maaf atas kelewatan pihak kami mengupload gambar hasil tinjauan kami...... Kali ini kami akan mendedahkan gambar-gambar yang berjaya dirakam oleh krew semasa aktiviti dijalankan.....







Siri 4/2014: Tanjung Rambutan.... Medium komunikasi diganggu???


Rakaman ini dikesan melalui medium komunikasi crew pada pukul 1.43 pagi. Satu suara yang tidak dapat dikenalpasti tiba-tiba muncul. Cuba amati sendiri petikan dari suara tersebut. Anda nilaikan sendiri. Moga misteri alam terungkai dengan pendedahan demi pendedahan melalui siri tinjauan Kelab ini.........


Aktiviti Siri 4/2014: Tanjung Rambutan

Summary Aktiviti Siri 4/2014

Lokasi: Tanjung Rambutan
Tarikh: 12/2/2014
Masa: 1.30 pagi.
Krew: 7 orang (Kerel canyon (ketua program), Uncle Nuar, Arman, 
Zam 125, Bobo, Tangkas dan Nazren

12.00 a.m: Semua crew team berkumpul di Restoran Tomyam 
sebelah Petronas pada pukul 12 malam.
12.30 a.m :Taklimat oleh Kerel Cayon
12.45 a.m :Lapor diri di Balai Polis Tg. Rambutan. Tiba-tiba kereta
Uncle Nuar tidak boleh dihidupkan selepas laporan
dibuat. Kereta terpaksa ditinggalkan di balai polis
1.20 a.m : Sampai di lokasi. Peralatan dipasang. Terdapat bau
busuk dan wangi di tapak lokasi
2.30 a.m: Aktiviti dihentikan apabila terdapat satu suara misteri
melalui alat perhubungan team. Team berkemas dan
berkumpul di kedai tomyam di Bandar Baru Putra.
3.00a.m : Sesi perbincangan dan post mortem aktiviti
5 a.m : bersurai


Info tapak lokasi:

Tapak lokasi berada di Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak. Sebuah banglo lama tiga tingkat yang sudah roboh dan dimamah usia dengan pokok2 renek tumbuh di dalam dan di kawasan sekeliling. Tingkat bawah tanah rumah tersebut masih lagi utuh.

Menurut jiran, mereka selalu terdengar suara seperti perempuan mengangis dari arah rumah tersebut.

Hasil temuramah dari penduduk setempat, rumah tersebut adalah kepunyaan seorang British yang memiliki lombong di sekitar Ulu Kinta sekitar era 60 an. Rumah tersebut menjadi tumpuan ramai di mana tingkat bawah tanah dijadikan sebagai bar.

Setelah aktiviti perlombongan merosot, rumah tersebut dijual kepada seorang tauke cina. Beliau telah membaikpulih rumah tersebut. Kemuadian rumah tersebut juga ditinggalkan selepas semua lombong bijih timah ditutup awal tahun 90-an.

Rumah tersebut kemudian dijadikan sebagai rumah kelab, dan kononnya dijadikan makmal memproses dadah awal 90-an. Rumah tersebut ditinggalkan kosong selepas kejadian seorang perempuan cina dirogol beramai-ramai di sana. Perempuan tersebut membunuh diri di banglo itu dengan menggantung diri di dalam salah sebuah bilik.

Kini, kawasan rumah tersebut sudah roboh di bahagian atas, dan semak samun memenuhi tingkat level floor......