Tuesday, April 22, 2014

SIRI 6/2014: AIR TERJUN BATU BERANGKAI, KAMPAR

Pada 15/03/2014, satu altiviti tinjauan yang diketuai oleh Presiden kelab telah diadakan di daerah Kampar. Sedikit info tentang tapak aktiviti kali ini:

*Terletak tidak jauh dari pekan kampar (jauh kedalam melepasi kawasan penempatan orang asli)
*Selalu menjadi tumpuan pengunjung terutama keluarga untuk beriadah.
*Jalan untuk mendaki ke Gunung Bujang Melaka, kawasan kegemaran peminat aktiviti lasak.
*Selalu dijadikan tempat untuk membuang saka.
* Beberapa tahun lepas, berlaku tragedi dimana beberapa orang pelajar lemas setelah jambatan gantung yang terletak berhampiran dengan air terjun runtuh.
* Selang sebulan selepas itu, dua orang pelajar UniTAR didapati lemas akibat kepala air.
* Penduduk setempat dan pendaki mendakwa terlihat kelibat beberapa entiti di kawasan sekitar, termasuk seperti askar Jepun.
















SIRI 5/2014: AIR TERJUN LUBUK TIMAH (HASIL TINJAUAN)

Dua keping gambar di bawah merupakan hasil tinjauan yang dilakukan di kawasan Air Terjun Lubuk Timah.

 Nampak penampakan seperti wajah manusia di dalam air. Nak cerita sikit, ketika snap di sini, baru shoot dua gambar, bateri camera yang baru dicaj tiba-tiba habis. Tukar pek bateri baru, juga sama lepas dua kali snap. tukar balik pek pertama, dan snap tempat lain. Sampai habis aktiviti bateri tu boleh guna. Pelik bukan?

Semasa menjalankan aktiviti, terdengar bunyi seperti laungan azan sayup-sayup kedengaran. Krew kami, Nazren pergi ke arah surau, dah cuba snap beberapa gambar. kami tidak dapat menjelaskan gambar apa kelihatan seperti segaris cahaya tersebut. 

Anda nilaikan sendiri. Misteri alam tetap kekal misteri kalau tidak diterokai..........


SIRI 5/2014: AIR TERJUN LUBUK TIMAH (JALAN SIMPANG PULAI - CAMERON) - (GAMBAR AKTIVITI)

Bacaan doa sebelum aktiviti dimulakan

Kawasan sekitar air terjun



Tandas lama

Tandas baru yang sudah siap sepenuhnya

Di sinilah zam 125 mendakwa ternampak entiti berwarna putih seperti seorang perempuan

kawasan berbatu sebalik pokok buluh

Pokok yang dikatakan tempat seorsng lelaki menggantung diri

Kawasan surau

Kawasan kolsm air panas

di kawasan rumpun buluh inilah kedengaran sayup suara azan berkumandang....




Monday, April 21, 2014

SIRI 4/2014: TANJUNG RAMBUTAN (GAMBAR AKTIVITI)

Kawasan dalam rumah. kelihatan dinding rumah sudah berlumut.

Lubang-lubang yang terhasil akibat daripada menjadi tempat latihan PDRM untuk bom tangan

Di bilik inilah dikatakan seorang wanita cina membunuh diri dengan menggantung dirinya

Kawasan rumah dari sebelah rusuk kanan

Inilah jalan masuk ke kawasan rumah. Sudah dipenuhi hutan renek dan semak samun

Kawasan hadapan rumah sebelah kanan

Semak samun yang mengelilingi kawasan rumah banglo ini

Antara krew yang mengikuti siri kali ini. Dari kanan: Uncle Nuar, Zam 125, Nazren, bobo, Arman dan Kerel Canyon

Lagi kawasan sekitar halaman rumah

Kawasan bilik di dalam rumah

terdapat sebuah puing di sebelah kanan umah dipercayai rumah untuk pekerja lombong.

Jalan menuju ke tingkat bawah tanah.

kawasan ruang bawah tanah rumah banglo.

Kawasan rumah banglo dari arah hadapan