Sunday, May 25, 2014

SIRI 10/2014: CASUARINA INN (KISAH PENINJAU)

Mengejutkan!!!!

Gambar ini diambil oleh peninjau kami, Bobo sebelum aktiviti tinjauan yang sebenar dilakukan pada waktu malam di Rest House@Casuarina inn. Beliau pergi ke sana selepas waktu hujan sebelum menjelang senja. Gambar dari arah dapur rumah rehat.





SIRI 10/2014: CASUARINA INN @ REST HOUSE (SIAPA YANG BERLARI DI TINGKAT ATAS)

     Waktu tu jam dah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Team dibahagi kepada dua. Team pertama selesai tinjauan di bangunan belakang, bertukar dengan team kedua yang cover di bahagian hadapan. Team pertama terdiri daripada Abang Komeng, Kerel Canyon, Uncle Nuar dan juga volunteer kami, Hafiz. Manakala team kedua dianggotai Bobo, Zam 125 dan Arman.

    Team pertama naik ke tingkat atas untuk melakukan tinjauan. Bila hendak turun, abang Komeng selaku photographer team satu snap la gambar seperti dalam gambar yang berbulat kuning tu. Lokasi adalah di hadapan tangga menghadap bangunan belakang. Tiba-tiba abang komeng memberitahu ada orang berlari di tingkat atas, Susuk tubuhnya seperti Bobo,

     Agak mustahil kedengaran kerana semasa tinjauan di belakang, didapati tingkat atas bangunan belakang tidak dapat dinaiki kerana banyak atap-atap genting, kayu-kayu yang berpaku dan kaca berselerakan di atas lantai. Memang tidak masuk akal kalau ada yang mampu berlari di tingkat atas.

    Tak puas hati, Uncle Nuar menyuluh pula. Kali ini beliau nampak kelibat seperti Zam 125 pula. X puas hati, team pertama bergerak ke bangunan belakang. agak terkejut kerana melihat Bobo dan Zam berada di kawasan lapang berhampiran bangunan belakang.

     Abang Komeng bertanya, adakah mereka naik ke tingkat atas. Bobo dan Zam 125 kata tak. tetapi diorang semasa di situ terdengare seperti ada tapak kaki berlari di tingkat atas. Untuk memuaskan hati mana tahu ada penagih dadah ke kat sana, abang komeng, kerel canyon dan zam naik ke tingkat atas. Tapi tidak ada apa-apa yang ditemui melaikan barangan yang berselerakan.

Tapi, siapakah yang berlari di tingkat atas tu??????



SIRI 10/2014: REST HOUSE TAIPING @ CASUARINA INN TAIPING

     Pada 26 April lalu, Kelab S.E.E.C sekali lagi meneruskan siri tinjauan, kali ini Taiping menjadi destinasi tumpuan. Seramai 6 orang krew dan seorang sukarelawan mengikuti siri tinjauan kali ini yang diadakan di Rest House Taiping @ Casuarina Inn.
      Berikut sedikit cerita atau info berkenaan dengan tapak aktiviti kali ini :-

    Casuarina Inn @ Rest House Taiping dahulunya adalah rumah rehat milik Kerajaan British. Dan pernah dijadikan kem dan dorm untuk tentera British. Kemudian Kerajaan Negeri Perak mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan rumah rehat Taiping dimana upacara perasmian dilakukan oleh Almarhum Sultan Idris Shah pada 12 September 1972, dan dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Kemudian, ianya ditukar kepada casuarina Inn Taiping dan dirasmikan oleh Mantan MB Perak, Tajol Rosli pada 20 Mei 2000.
Di perkarangan bangunan terpacak 32 tiang putih yang tinggi menghala masuk ke kawasan hotel. Ia mempunyai 24 bilik standard dan dua bilik untuk keluarga, lengkap dengan kemudahan seperti kafe. Sehinggalah bulan 12 2010, keadaan biliknya tidak teratur dan pemiliknya mengalami kerugian kerana dikatakan tempat tersebut ‘keras’ dan mempunyai makhluk halus dari cerita dan pengalaman pengunjung yang pernah menginap di sini.
     Pada 2010, Casuarina Inn dicadangkan sebagai tapak permulaan bagi kereta kabel yang menghubungkan Bukit Larut, namun projek ini tidak diteruskan.
       Sekarang bangunan ini telah ditutup dan ditinggalkan sepenuhnya begitu sahaja




























Tuesday, May 13, 2014

SIRI 8 : IPOH V POINT (HASIL TINJAUAN)

Tiga biji mata merah di atas pokok. jangan disangka kunang-kunang kerana lampu kunang-kunang tiada yang berwarna merah

apakah bendanya itu???

Gambar 1A

Gambar 1B

gambar 1C selepas dizoom... b3nda apakah yang berterbangan itu?????

SIRI 8 2014 : IPOH V POINT

Pada 11/04/2014, sekali lagi Team S.E.E.C meneruskan aktiviti tinjauan. Kali ini Ipoh V Point menjadi pilihan.

Sedikit info Ipoh V Point:
-Lokasi kerap berlaku kemalangan maut memandangkan faktor kecuraman jalan menuruni bukit.
- Dari atas pada waktu malam, boleh melihat panorama bandaraya Ipoh bermandikan cahaya.
- Selain Karak, lokasi ini juga dikatakan munculnya kerete volkswagen tanpa pemandu yang memotong kenderaan lain
- Kawasan ini jarang dijadikan lokasi hentian bagi pengguna kerana faktor tempat yang sunyi dan tiada kemudahan tandas. Kawasan ini selalu dijadikan tempat pemandu lori untuk berehat setelah mengharungi perjalanan yang jauh
- Kawasan sekeliling adalah hutan dan kawasan jalan menghadap banjaran gunung.














Saturday, May 3, 2014

SIRI 7/2014 (BERKEMBAR) : TAPAK RUMAH ALMA BAKER

       Mungkin ramai yang tak tahu megenai Rumah Alma Baker ini. Terletak di Jalan Changkat, Batu Gajah, berentangan dengan kelab golf dan kem askar Batu Gajah. Rumah ini dibina oleh Charles Alma Baker, seorang berbangsa Scottish, merupakan kawan kepada William Kellie Smith, pemilik istana tersohor di Batu Gajah. Mereka sama-sama mengusahakan perusahan lombong dan getah di daerah ini.
       Rumah ini juga pernah dijadikan rumah pegawai daerah Batu Gajah. Namun sekarang, hanya tinggal tapak sahaja kerana rumah asal sudah dipindah dan dibina semula di Terengganu.

Inilah rupa sebenar rumah Charles Alma Baker
Tinjauan kali ini agak rumit memandangkan kawasan tapak rumah sudah dipenuhi lalang yang tebal dan semak samun. Nasib juga agak tidak baik kerana seorang krew telah dipatuk oleh seekor anak ular sawa. hasil kepantasan team medic kelab dalam memberi rawatan, krew tersebut masih boleh meneruskan siasatan dan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Sempat bergambar kenangan di hadapan Kellie's Castle dalam perjalanan ke Alma Baker

Kawasan belakang rumah

Hanya tinggal tiang batu dan tangga sahaja di sini

Pokok jejawi yang berusia lebih satu abad

Terdapat bau hanyir darah sewaktu mendekati pokok jejawi ini

Kawasan tapak banglo yang suram pada waktu malam.

pokok-pokok renek mula memenuhi ruang bilik bawah rumah banglo ini

Diambil dari sisi tapak rumah

Di pokok inilah seorang krew ternampak lembaga putih berupa seorang eprempuan berambut panjang