| Krew memilih Kampung Sungai Ramai atas permintaan ahli S.E.E.C yang merupakan cucu kepada arwah pemilik rumah tersebut |
| Jalan masuk ke kampung lebih dari dua kilometer dari Jalan Besar |
| Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Tiada lampu jalan di sepanjang jalan kecil berturap ini |
| Kawasan perkuburan lama yang terletak beberapa puluh meter dari kawasan rumah tinggal. |
| Abang Komeng, Presiden merangkap ketua program memberi penerangan dan taklimat ringkas tentang tapak lokasi. |
| Krew sedang sibuk 'setting' peralatan dan sedang mencari sudut-sudut yang sesuai. |
| Kawasan hadapan rumah. Kelihatan beranda masih lagi elok dan utuh. |
| Kawasan persekitaran rumah. Gelap gelita dan kelihatan suram. |
| Kawasan tandas di belakang rumah. Dikelilingi oleh pohon-pohon renek. |
| Kawasan dapur. Dari bahagian rekahan di belakang rak pinggan didakwa oleh pewaris rumah dimana kelihatan lembaga mengintai dari arah luar. |
| Bahagian bilik. Kelihatan cebisan lebihan kain kapan arwah masih berada di bawah katil |
| Sebahagian krew berada dalam kegelapan di kawasan dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman yang pernah dialami pewaris rumah |
| Lagi gambar di kawasan dapur menghala ke arah pintu belakang |
| Lagi gambar dari kawasan beranda |
| Dinding di bahagian sebelah kiri bahagian atas rumah sudah terkopak kerana tiada penyelenggaraan oleh pewaris rumah. |
| Gambar dari dalam bahagian atas rumah |
| Di ruang inilah di tingkat atas dimana arwah tuan rumah dimandikan buat kali terakhir |
| Pohon ini didakwa penduduk kampung sebagai keras. Ramai yang nampak entiti seakan pontianak bertenggek di atas pokok |
| Pelik tapi benar. Walaupun ditinggalkan tidak berpenghuni selama lima tahun, namun pakaian tinggalan arwah ini kelihatan elok dan kemas seperti dibasuh dan digunakan setiap hari. |
| Geng 'budak nakal' dalam kelab sempat lagi berposing lepas geram....... |
| Gambar kenangan ahli kelab bersama jiran dan penduduk kampung yang secara sukarela membantu dalam menjayakan aktiviti kali ini |



