Saturday, January 18, 2014

Aktiviti 2/2014: Hutan Lipur Sungai Salu, Kuala Dipang

     Kali ini kami ingin berkongsi hasil tinjauan siri 2/2014 kami pada malam Jumaat, 16/1/2014 di Hutan Lipur Sungai Salu, Kuala Dipang.
     Hutan Lipur ini terletak di Jalan Jeram-Chenderiang. Tidak jauh dari pekan kecil Sungai Siput Selatan. Pemandangan yang indah dilatari air terjun.
     Team kali ini disertai seramai 10 orang ahli yang dipecahkan kepada tiga kumpulan kecil. Team bertolak dari Tambun pada pukul 11 malam. Proses lapor diri dilakukan di Balai Polis Kuala Dipang. Kemudian, team meneruskan perjalanan ke tapak lokasi. Hujan rintik mula turun daripada bermula daripada jalan masuk ke Hutan Lipur.

Tapak Letak kereta Hutan lipur Sungai Salu. Satu jambatan merentangi air terjun masuk ke dalam kawasan hutan lipur.


Suasana senyap dan sunyi menyambut kedatangan kami. Tiada bunyi unggas. Yang kedengaran hanya deruan bunyi air terjun memecah batu. Sekali sekala terdengar deruan kenderaan melalui jalan sunyi tersebut. Kawasan hutan lipur ini gelap kerana tiada sebarang lampu di pasang di sini. "Satu lokasi yang menarik" bisik Ketua Program.

Krew sedang sibuk menyediakan kelengkapan.
Setelah set up barang dan mendengar taklimat ringkas, team dibawa melawat ke lokasi terlebih dahulu oleh Ketua Program. Spot-spot dan angle menarik dicadangkan. Waktu itu, kepala air sudah mula melanda Hutan Lipur. Lokasi terakhir di atas bukit berdekatan dengan air terjun terpaksa diubah demi keselamatan krew.
Team dibawa melawat oleh ketua Program, merangkap tuan Presiden, Abang Komeng.


Selepas lawatan tapak lokasi, team mula berpecah dengan peralatan masing-masing. Satu kumpulan dianggotai tiga orang krew. Berbekalkan semangat dan keazaman, kumpulan kecil ini diberi masa selama 30 minit untuk membuat rakaman sebelum lokasi dirotate.

Awie Phileo sedang mencari angle yang sesuai di lokasi kumpulan Alpha.

Lokasi bagi Kumpulan Bravo.

Antara Lokasi yang dikenalpasti aktif dengan aktiviti.

Di rumpun buluh inilah rakaman video mengesan satu entiti. Rakaman akan dimuat naik nanti.
Aktiviti selesai pada pukul tiga pagi. Banyak gambar dan rakaman video diambil. Bukti-bukti akan dikumpul sebelum pihak kelab akan memuat naik di laman blog dan YouTube.

Duduk dari kiri: E'e, Uncle Nuar, Kerel Canyon. Berdiri dari kiri: Awie Phileo, Zam 125, Koq, Abang Komeng (Ketua Program), Just loq dan Bobo

Penampakan di taman perumahan

     Gambar ini dari koleksi Tuan Presiden, abang Komeng. Gambar ini diambil di sebelah rumah tuan presiden pada minggu lepas. Rumah ini sudah ditinggalkan selama tiga bulan.

Menurut tuan presiden, sebelum ini terjadi beberapa siri gangguan dari sebelah rumah beliau. Pada waktu kedengaran, selalu terdengar bunyi seperti perempuan mengangis, ketawa dan mengilai. Acaplkali juga kedengaran seperti bunyi orang berlari di dalam rumah.

Kebetulan Tuan Presiden sengaja mahu melakukan tinjauan. Beberapa gambar diambil di sebelah rumah beliau. Menariknya, selepas meneliti salah satu daripada gambar tersebut, agak mengejutkan apabila terdapat satu penampakan di sebalik pokok-pokok bunga yang ditanam di rumah sebelah.

gambar 1: sebelum dizoom

Gambar 1: selepas dizoom

Gambar 3: Anda tahu apakah ini?????


















Anda nilaikan sendiri...... Tepuk dada tanya iman.....