Saturday, February 8, 2014

Sofa terbakar angkara Jin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sewaktu kami melakukan tinjauan di tapak aktiviti bertempat di Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, kami dihampiri oleh seorang lelaki yang mendakwa berjiran dengan rumah sasaran kami. Beliau baru sahaja berpindah ke kawasan tersebut. Melalui tembual, beliau dan keluarganya selalu diganggu dengan bunyi-bunyi misteri seperti pintu diketuk pada lewat malam, dan kedengaran seperti orang berjalan di luar rumah. Gangguan tersebut saban hari menghantui keluarganya. Sehinggalah pada Ahad lepas, lelaki tersebut memanggil seorang ustaz bertujuan untuk memagar kawasan rumahnya.
Selepas dipagar, pada sebelah malamnya, beliau terkejut apabila mendapati sofa yang diletakkan di bahagian luar rumah tiba-tiba terbakar. Tiada kesan petrol atau perbuatan khianat. Berikut adalah beberapa keping gambar yang dirakam wakil S.E.E.C dengan kebenaran lelaki tersebut.





Adakah ini angkara Jin kerana marah kawasan rumah tersebut dipagar? Wallahualam..........

No comments:

Post a Comment