Pada 07.02.2014, sekali lagi Kelab Eksplorasi Entiti Negeri Perak menjalankan aktiviti. Kali ini, tapak lokasi yang dipilih adalah di sebuah rumah tinggal di Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar, Perak. Krew kali ini adalah seramai 10 orang. Krew bertolak dari base pada pukul 12 tengah malam, dan sampai ke destinasi pada pukul 1.30 pagi.
Lokasi ini dipilih berdasarkan dakwaan kononnya selalu terdapat gangguan pada rumah yang sudah ditinggalkan lebih lima tahun. Pewaris rumah ini yang pernah bermalam di sini pada empat tahun lepas menceritakan beliau pernah diganggu oleh makhluk halus di dalam rumah ini.
|
Krew memilih Kampung Sungai Ramai atas permintaan ahli S.E.E.C yang merupakan cucu kepada arwah pemilik rumah tersebut |
|
Jalan masuk ke kampung lebih dari dua kilometer dari Jalan Besar |
|
Kiri dan kanan jalan dipenuhi dengan pokok kelapa sawit. Tiada lampu jalan di sepanjang jalan kecil berturap ini |
|
Inilah dia tapak lokasi aktiviti kami. Rumah yang ditinggalkan hampir lima tahun selepas kematian pemiliknya. Rumah dua tingkat berdinding kayu. Walaupun sudah roboh di bahagian bumbung tingkat atas, namun tapaknya masih kelihatan kukuh dan masih cantik. |
|
Kawasan perkuburan lama yang terletak beberapa puluh meter dari kawasan rumah tinggal. |
|
Abang Komeng, Presiden merangkap ketua program memberi penerangan dan taklimat ringkas tentang tapak lokasi. |
|
Krew sedang sibuk 'setting' peralatan dan sedang mencari sudut-sudut yang sesuai. |
|
Kawasan hadapan rumah. Kelihatan beranda masih lagi elok dan utuh. |
|
Kawasan persekitaran rumah. Gelap gelita dan kelihatan suram. |
|
Kawasan tandas di belakang rumah. Dikelilingi oleh pohon-pohon renek. |
|
Kawasan dapur. Dari bahagian rekahan di belakang rak pinggan didakwa oleh pewaris rumah dimana kelihatan lembaga mengintai dari arah luar. |
|
Bahagian bilik. Kelihatan cebisan lebihan kain kapan arwah masih berada di bawah katil |
|
Sebahagian krew berada dalam kegelapan di kawasan dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman yang pernah dialami pewaris rumah |
|
Lagi gambar di kawasan dapur menghala ke arah pintu belakang |
|
Lagi gambar dari kawasan beranda |
|
Dinding di bahagian sebelah kiri bahagian atas rumah sudah terkopak kerana tiada penyelenggaraan oleh pewaris rumah. |
|
Gambar dari dalam bahagian atas rumah |
|
Di ruang inilah di tingkat atas dimana arwah tuan rumah dimandikan buat kali terakhir |
|
Pohon ini didakwa penduduk kampung sebagai keras. Ramai yang nampak entiti seakan pontianak bertenggek di atas pokok |
|
Pelik tapi benar. Walaupun ditinggalkan tidak berpenghuni selama lima tahun, namun pakaian tinggalan arwah ini kelihatan elok dan kemas seperti dibasuh dan digunakan setiap hari.
|
|
Geng 'budak nakal' dalam kelab sempat lagi berposing lepas geram....... |
|
Gambar kenangan ahli kelab bersama jiran dan penduduk kampung yang secara sukarela membantu dalam menjayakan aktiviti kali ini |
Tinjauan tamat pada pukul 4 pagi. Selepas mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung, kami menuju balik ke Ipoh dengan hasil dapatan yang agak mengejutkan. Nantikan pendedahan hasil dapatan kami..........
Oh dulu saya pernah mengajar di sk sungai ramai 2004- Jun 2006...
ReplyDelete