Sunday, March 2, 2014

Aktiviti Siri 4/2014: Tanjung Rambutan

Summary Aktiviti Siri 4/2014

Lokasi: Tanjung Rambutan
Tarikh: 12/2/2014
Masa: 1.30 pagi.
Krew: 7 orang (Kerel canyon (ketua program), Uncle Nuar, Arman, 
Zam 125, Bobo, Tangkas dan Nazren

12.00 a.m: Semua crew team berkumpul di Restoran Tomyam 
sebelah Petronas pada pukul 12 malam.
12.30 a.m :Taklimat oleh Kerel Cayon
12.45 a.m :Lapor diri di Balai Polis Tg. Rambutan. Tiba-tiba kereta
Uncle Nuar tidak boleh dihidupkan selepas laporan
dibuat. Kereta terpaksa ditinggalkan di balai polis
1.20 a.m : Sampai di lokasi. Peralatan dipasang. Terdapat bau
busuk dan wangi di tapak lokasi
2.30 a.m: Aktiviti dihentikan apabila terdapat satu suara misteri
melalui alat perhubungan team. Team berkemas dan
berkumpul di kedai tomyam di Bandar Baru Putra.
3.00a.m : Sesi perbincangan dan post mortem aktiviti
5 a.m : bersurai


Info tapak lokasi:

Tapak lokasi berada di Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak. Sebuah banglo lama tiga tingkat yang sudah roboh dan dimamah usia dengan pokok2 renek tumbuh di dalam dan di kawasan sekeliling. Tingkat bawah tanah rumah tersebut masih lagi utuh.

Menurut jiran, mereka selalu terdengar suara seperti perempuan mengangis dari arah rumah tersebut.

Hasil temuramah dari penduduk setempat, rumah tersebut adalah kepunyaan seorang British yang memiliki lombong di sekitar Ulu Kinta sekitar era 60 an. Rumah tersebut menjadi tumpuan ramai di mana tingkat bawah tanah dijadikan sebagai bar.

Setelah aktiviti perlombongan merosot, rumah tersebut dijual kepada seorang tauke cina. Beliau telah membaikpulih rumah tersebut. Kemuadian rumah tersebut juga ditinggalkan selepas semua lombong bijih timah ditutup awal tahun 90-an.

Rumah tersebut kemudian dijadikan sebagai rumah kelab, dan kononnya dijadikan makmal memproses dadah awal 90-an. Rumah tersebut ditinggalkan kosong selepas kejadian seorang perempuan cina dirogol beramai-ramai di sana. Perempuan tersebut membunuh diri di banglo itu dengan menggantung diri di dalam salah sebuah bilik.

Kini, kawasan rumah tersebut sudah roboh di bahagian atas, dan semak samun memenuhi tingkat level floor......

No comments:

Post a Comment