Saturday, May 3, 2014

SIRI 7 (SIRI BERKEMBAR): ARENA SQUARE BATU GAJAH (HASIL TINJAUAN)

Masa kami menemubual seorang pemilik kedai makan berkaitan Arena Square, beliau menerangkan Arena Square ini gagal disiapkan walupun kontraktor bertukar tangan empat kali. Menurutnya lagi, tapak Arena Square itu tidak sesuai dijadikan bagunan kerana terletak dalam laluan Jin. Dia membawa kami ke satu tempat yang sejajar dengan Arena Square yang terbengkalai. Benar, nampak seperti satu laluan, dan tidak ada bangunan atau pokok-pokok lain yang ada di sekitar laluan tersebut kecuali bangunan Arena Square yang terbengkalai. Pemilik kedai itu juga menunjukkan beberapa batang pokok yang ada dalam 'laluan' tersebut. Kulit-kulit batang pokok semuaya terkoyak seperti digesel dan dicakar. Beliau menambah, sudah lama perkara ini terjadi, dan kesan geselan dan cakaran yang berlaku adalah angkara jin. Wallahualam.

Kelihatan kulit kayu seperti bergesel

Kulit pokok terkoyak hingga ke atas


No comments:

Post a Comment