Thursday, December 26, 2013

1st Project: Istana Billah

       Istana Billah? Mesti ramai yang tertanya-tanya apa itu Istana Billah. Pernah menonton filem “Penunggu Istana”? Ya, istana tersebut ialah Istana Billah. Ramai yang mengurut-urut dada dan tak kurang yang meremang bulu tengkuk bukan?

       Di manakah Istana Billah ini? Ianya terletak di pekan kecil Papan, tidak jauh dari Bandaraya Ipoh dan Batu Gajah. 
Carian lokasi Papan di Googgle Map
         Istana ini dimiliki oleh seorang kerabat diraja Madailing dari Sumatera , iaitu Raja Billah. Beliau merupakan orang yang kaya dan berpengaruh bukan sahaja di Papan, malah di negeri Perak. Istana yang selesai pembinaannya pada tahun 1896 ini menampilkan seni reka Bagas Godang, iaitu seni reka rumah besar raja masayarat Mandailing. 

Foto carian Google

Foto carian Gooogle
    Kita tinggalkan kisah Raja Billah ini. Apa yang mahu diungkapkan ialah misteri di sebalik pelbagai dakwaan wujudnya aktiviti paranormal di sekitar kawasan Istana, dan tidak kurang di Masjid Lama Papan yang dikatakan beduknya akan berbunyi dengan sendiri tanpa sesiapa yang mealunya. Ini tidak dapat dinafikan memandangkan usia rumah ini yang begitu lama, usang dan jarang diurus dengan baik oleh waris-waris keturunan Raja Billah, masyarakat Mandailing ataupun pihak berkuasa. Tambahan pula, pembinaan Istana ini melalui proses ritual bersendikan adat Mandailing seperti doa khusus dibuat dan satu hari bertuah dipilih untuk mula membina rumah, manakala segenggam tanah dari tanah air Mandailing ditabur di atas asas rumah Istana ini.

Foto carian Google

Foto carian Google
       Misi Pertama team S.E.E.C adalah untuk turun menjejaki misteri di Istana Billah. Kepada yang berminat, nantikan pengumuman tarikh dan masa daripada pihak kami. Nantikan post kami yang seterusnya……..

No comments:

Post a Comment