Tuesday, December 31, 2013

Koleksi Peribadi.... Entity Di Kellie's Castle?

Siapa yang tak kenal dengan sebuah istana terbengkalai dengan senibina Moorish Revival ini. Ianya terletak di Batu Gajah (Jalan Gopeng-Batu Gajah), hanya 40 minit sahaja daripada ibu negeri Perak, iaitu Ipoh. Sudah banyak yang diperkatalan mengenai Istana yang dikatakan berhantu dan tersenarai antara tempat paling menyeramkan di Malaysia.

Istana dengan senibina yang cukup indah......
Kali ini S.E.E.C ingin berkongsi gambar dari koleksi peribadi Tuan Preaiden, Abang Komeng. Gambar ini diambil secara random oleh beliau sewaktu lawatannya ke Kellie's Castle.
Gambar 1: Gambar di kawasan halaman di belakang Istana
Gambar 2: Gambar kawasan halaman di belakang Istana.
Nampak Normal bukan? Setelah diteliti beberapa kali Gambar 1 dan 2, kami cuba melakukan zoom pada Gambar 1 kerana didapati ada sesuatu yang aneh di situ......

Gambar 1 yang dizoomkan


Setelah berbincang dan berbahas, kami tidak dapat mencapai kata sepakat dalam menentukan gambar yang dipetakkan tersebut. Kami mahu anda nilaikan sendiri. Tepuk dada tanya iman. Wallahu'alam






No comments:

Post a Comment