Monday, December 23, 2013

Prolog

Di dalam konteks kelab ini, izinkan kami mejelaskan makna entiti terlebih dulu.

                 Mengikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),entiti bermaksud sesuatu yang mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Melalui rujukan di Wikipedia, sebuah entiti ialah sesuatu yang wujud dengan sendirinya, walaupun tidak dalam keadaan material. Secara umum, entiti tidak semestinya bernyawa. Ianya diguna untuk merujuk kepada hantu dan roh-roh yang lain. 
Tuntasnya, entity adalah sesuatu yang wujud, dalam apa-apa bentuk samada hidup ataupun bukan hidup.

                Bila menyebutkan tentang hantu dan roh, mesti ada yang skeptik. Ya, hantu dan roh tidak wujud, tapi  ia adalah manifestasi  iblis dan jin untuk memesongkan anak cucu Adam a.s. Ghalibnya, ia menonjolkan diri dalam pelbagai rupa dan wajah.

                Iblis dan Jin? Betulkah ianya wujud? Polemik ini sering kedengaran darsawarsa ini. Iblis dan Jin sebenarnya tergolong dalam  sesuatu entiti yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.  Ianya sesuatu perkara yang Ghaib. Di dalam Al-Quran ada menyebut tentang perkara ghaib ini di dalam Al-Quran:

 "Alif Lam Mim. Kitab al-Qur’an ini tidak ada keraguan didalam padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib"
— Al-Baqarah  1 – 3

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku"
— Adz-Dzariyat 56

"Sesungguhnya ia (iblis) dan teman-temannya melihat kamu (manusia) dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka"
— Al-Araf 27


Jadi kenapa Iblis dan Jin menjelma dalam pelbagai rupa dan keadaan yang menakutkan?

(Setelah selesaikejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali. MelainkanIblis. Dia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah dia darigolongan yang kafir. Allah berfirman :“Hai lblis! Apa yang menghalang mu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Akutelah ciptakan dengan kekuasaan Ku? Adakah engkau berlaku sombong takbur,ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?” Iblis menjawab :“Aku lebih baik daripadanya. Engkau (wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api,sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.”Allah berfirman :“Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat Ku terus menerus hingga ke hari kiamat!” Iblis berkata : “Wahai Tuhan ku! Jika demikian, berilah tempoh kepada ku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).”Allah berfirman :“Dengan permohonan mu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh. Hingga ke hari masa yang termaklum.”  Iblis berkata : “Demi kekuasaan mu (wahai Tuhan ku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Mu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang dibersihkan dari sebarang kederhakaan dan penyelewengan.”Allah berfirman :“Maka Akulah Tuhan Yang Sebenar-benarnya dan hanya perkara yang benar Aku firmankan. Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jenis mudan dengan orang-orang yang menurut mu di antara zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya.”
Surah Sad, ayat 71-85

Jelas dari ayat tersebut, Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan keturunan nabi Adam a.s sehinggalah tibanya hari kiamat. Tapi bagaimana? Dengan menjadi atau menyerupai sesuatu bentuk yang menakutkan, mengerikan, hodoh dan tidak sempurna. Tetapi kenapa?

Ketakutan adalah sesuatu yang normal bagi manusia. Ianya adalah tabi’e. Dengan katakutan itulah, mereka dapat menguasai manusia. Menjadikan manusia lupa yang wajib ditakuti adalah Allah s.w.t. Contohnya, dengan ketakutannya kepada hantu menyebabkan dia tidak bersebahyang pada waktu tersebut. Perasaan takut itu diamaafkan kerana ianya adalah perasaan, namun ketakutanyu hingga menjerumus kepada ingkar suruhan Allah s.w.t perlu dielak. Justeru, perasaan takut ini harus dikawal bersandarkan ilmu. Dan ini adalah matlamat utama penubuhan Kelab ini, agar perasaan takut itu seiring dengan ilmu, dan bukannya berlandaskan nafsu semata-mata. 

No comments:

Post a Comment