Monday, December 23, 2013

Coretan Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


       Alhamdulillah, ini post pertama SEEC. Walaupun masih menunggu pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan) namun perancangan dan halu tuju kelab ini sudah dirangka dan InsyaAllah, bila selesai sahaja pendaftaran dan digazetkan, satu mesyuarat agung akan diadakan. Selepas itu semua aktiviti akan dijalankan seperti yang telah dirancang. Apapun kredit harus diberikan kepada barisan AJK penaja yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan penubuhan kelab ini.

         Dari semasa ke semasa, kami akan cuba mengemas kini status dan aktiviti kelab melalui blog ini. Sejarah penubuhan, matlamat dan Perlembagaan akan diterangkan selepas pendaftaran mendapat kelulusan dari ROS.

           InsyaAllah, moga semua urusan dipermudahkan olehNya.....

                                                                                                                             

No comments:

Post a Comment